Assalamualyakum sahabat semua..apa khabar?Sudah lama saya tidak mencoret sesuatu pada laman ini.Nampak tidak istiqomah kan?Namun saya cuba juga untuk menulis sesuatu untuk dikongsi bersama buat teman-teman buat perkongsian bersama. Bukan kerana diri ini hebat menulis tetapi sekurang-kurangnya dengan menyampaikan sedikit ilmu idan sesuatu yang bermanfaat dan sesuai untuk dikongsi tu bolehlah menjadi bonus di akhirat kelak.[tidak kisahlah peribadi atau pun tidak kan?]
Selama menyepi untuk beberapa bulan,banyak juga peristiwa dan perjalanan saya sebagai hamba telah pun dilalui serta perkara perkara yang berlaku di sekeliling.Macam-macam berlaku dan semua yang berlaku ianya rencana Allah yang pastinya punya hikmah yang perlu kita singkapi demi menjadi insan yang bertaqwa hanya untuk Ilahi.Allah Allah Allah…sungguh aku bersyukur atas kurniaan nikmat hidup ini.
Antara Perkara Terbesar : Ramadan
Tak sempat untukku menulis mengenai bulan penuh istimewa ini buat tatapan sahabat sahabat pelayar blog sekalian. Sekarang sudah tamat waktu itu.Sebelum Ramadan ,kita sering berdoa agar Allah sampaikan kita ukntuk ke bulan penuh berkat ini.Sungguh bertuah dan manis bagi hamba-Nya yang masih berpeluang merasai kemanisan Ramadan.Bukan semua orang bertuahkan?Ada yang meninggal sebelum sempat di bulan ini.
Madrasah Ramadan tidak dinafikan memang menjadi tumpuan bagi umat Islam untuk meningkatkan amalan-amalan mereka kerana pada ketika ini shaitan laknatullah dibelenggu tak terlepas ke mana-mana namun si jahat si jahat ini berjaya mendidik hawa nafsu yang sekian lama bersama bermaharajalela pada manusia.Di sini kita teruji dengan kejahatan anak didik shaitan iaitu nafsu.Namun,kita bernasib baik kerana nafsu ini mampu dikawal oleh iman kita.Formulanya mudah ..semakin tinggi iman,semakin mudah nafsu dikalahkan dan begitulah sebaliknya.Sejauh mana iman kita?Hanya Allah yang tahu.Bagaimana meningkatkan iman kita?Tak lain tak bukan dengan melakukan amalan amalan soleh dengan penuh ketakwaan dan penuh pengharapan kepadaAllah.
Sangat bertuah bagi si tetamu Ramadan.Banyak sangat hadiah dan ganjaran yang mahu dianugerahkan buat tetamu yang ingin kan kebahagiaan dunia dan akhirat.Antara yang anugerah terbesar Lailatul Qodar di mana ramai orang Islam cuba untuk mendapatkan malam yang sungguh berkat ini.Allah Allah Allah ianya memang rahsia,cukup cantik Engkau ciptakan rahsia ini.Sungguh hebat..Sungguh Rahmat Allah sangat luas.Oh ya..bagaimana pula dengan ibadah –ibadah lain terutamanya Teraweh,Qiyamullail dan lain lain?
Yang paling penting sahabat-sahabatku sekalian,sama samalah diri kita bermuhasabah,kita beribadah kerana apa ya?Ramadan ke ALLAH?Kalau kita beribadah hanya kerana Ramadan maka ketahuilah bahawa Ramadan itu hanya sebulan dan akan pergi tinggalkan kita dan tak pasti kita sempat ke tidak lagi untuk bersamanya akan datang.Tapi kalau kita beribadah hanya kerana Allah maka itulah sebenar-benarnya kerana Allah itu sentiasa ada setiap waktu setiap detik dan tak akan pernah meninggalkan kita.Sebanyak mana pun ibadah yang kita lakukan tetapi dengan tujuan bukan untuk Allah ianya tiada makna.
SHAWAL BULAN KEGEMBIRAAN
Allah Allah Allah sungguh bershukur Engkau masih memberi peluang ini.Namun,sedikit kesedihan kerana ini merupakan shawal keempat di perantauan.Walau kunyatakan setinggi mana kesedihan ini namun diri ini yakin mak ayah lebih lebih lagi sedihkan?Moga-moga Allah berikan kesempatan dan ruang waktu untuk bersama sama tahun depan.Makbulkanlah YA ALLAH.
P/S Sahabat –sahabat sekalian jangan lupa ye puasa enam bulan ini.:)
Eid Mubarok Wa Taqaballahu Minna Wa Minkum…J
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan terhadap kalian.Moga-moga saya dimaafkan..
Sedikit Tazkirah
-Bagi yang kuat menipu,teruskan menipu atau berhenti
-Bagi yang suka mengarah-ngarah tanpa arah ,teruskan atau berhenti
-Bagi yang kuat menzalimi,teruskan atau berhenti
Kesimpulannya semua sifat mazmumah menjadi pilihan buat kita sama ada nak teruskan atau berhenti kerana setiap dari pilihan itu ada balasannya tersendiri!







